April 20, 2012

Full time Muslim


Satu masalah timbul di dalam dunia Islam ditimbulkan oleh musuh Islam ialah 
mengasingkan hidup daripada peraturan Allah s.w.t

Eh? Hm? *usap dagu/janggut*
What's that suppose to mean eh?

Wuy, aku tanya kau ni, apa maksud ayat kat atas tuh?
Taktau? Cakap lah awal-awal, aku takde masa lah.
Okay, sorry.

Well, alhamdulillah semakin ramai kawan kat facebook membuat anjakan paradigma walaupun sikit jeh.
Macam post status ingat mengingatkan kawan. Berniat pakai tudung. Dah takmau ketagih facebook.
Tapi...
Lagi ramai yang aku kenal ni setiap hari sama je amalan dia termasuklah saya. 
Susah nak nampak perubahan hari ke hari. Hmm..
Sabar eh, aku tahu korang agak curious. Jap ah, nak susun ayat nih. Pfft

Japan is a country with Islam in it.
But Malaysia is a country with Muslims in it.

Tak faham lagi ke? Adoi, payah ngat... Lalala~

Korang perasan tak ada mata mata yang sentiasa memerhati korang? Mata mata tau, I'm not talking about Allah Maha Melihat tu tapi orang Barat yang sedang memerhati orang Islam di sini. 
Ya di sini, Malaysia, right where you belong. 
Kan zaman nabi dulu kan, kalau perang mesti pihak Allah menang kan.
Jadi, orang Barat or orang Kristian or penyembah syaitan dan sekutunya ini sedar that satu-satunya cara nak jatuhkan umat Islam adalah dengan cara halus, whatever that comes to your life that is especially entertainment or else food.

So, apa yang aku nak kaitkan peningkatan amalan kita dengan cara haluih depa nih adalah kita kena berhati-hati.
Kalau tak silap kat Malaysia ni, mata saya ada nampak satu bangunan putih besar. Melalui higway MEX,
"Macam pernah aku tengok bangunan ni, tapi rasanya takda bangunan apa apa kat situ sebelum ni hijau je"
Aku fikir punya fikir punya fikir...
"Hah??" Den gosok mata den beberapa kali.
Bangunan tu, gereja terbesar di Asia Tenggara lah!
Ya, aku pernah baca di Internet beberapa bulan lepas pasal gereja yang bakal dibina ni dekat Bukit Jalil Golf Club.
Ya Allah.. Sedihnya, dah siap dah pun gerejanya.
Nama gereja ni Calvary Convention Centre yang boleh memuatkan 50 000 orang dalam auditoriumnya dalam satu masa. Macam mana boleh terbinanya gereja besar ni di negara Islam? Islamkah lagi?

Malaysia ni tak ramai pun penganut Kristian. Islam yang ramai. Cuma... Makin ramai golongan murtad yang kita sendiri pun tak dapat nak kesan sebab dekat Malaysia ni kalau keluar Islam tak boleh tukar status agama pada kad pengenalan. Naúzubillah...

Kita mungkin tak berdaya nak tolak kerajaan yang memerintah yang mungkin sudah hilang akal atau sudah kenyang menerima habuan. Oops.. Tapi kita boleh tetapkan iman kita dengan berdoa kepada Allah supaya sentiasa dikurniakan petunjuk, jalan yang lurus. Mudah-mudahan Allah tak tarik balik rahmat yang telah kita terima. Amin. Jangan tinggal solat tiang agama. Amar makruf nahi munkar, ajak kawan-kawan buat benda baik. Tarik mereka jangan biar lepas ke dalam api neraka. Itulah namanya kawan sejati, janji kerana Allah. 

Jangan biar impian si penyembah syaitan dicapai iaitu KITA mengasingkan hidup daripada peraturan Allah s.w.t.

Minta maaf kalau kurang jelas apa yang saya cuba sampaikan ni. Silalah tanya yang arif, ustaz ustazah yang betauliah. Sekian...